Friday, December 28, 2012

M for Minoxidil?



Salam sayang NutrieMs :)

Beberapa minggu lalu, ada yang PM kami di FB dan bertanya, mengapa kami namakan produk kami "Nutri M"? Adakah kerana M itu bermaksud "Minoxidil"?

Sebenarnya huruf M itu diambil bersempena dengan nama seorang sahabat baik kami yang merupakan seorang doktor perubatan yang telah mencadangkan agar kami menghasilkan produk penjagaan rambut. Tiada kena mengena langsung dengan minoxidil ni.

Ironinya, kami sendiri pun tak pernah tau pasal bahan kimia ni sehinggalah semalam ketika ditanya. Research punya research, barulah kami tahu yang minoxidil ni merupakan sejenis ubat berasaskan bahan kimia untuk melambatkan kebotakan & merangsang pertumbuhan semula rambut. Penggunaannya efektif bagi yang berumur 40 tahun ke bawah sahaja.

Walaubagaimanapun, ia boleh meninggalkan kesan sampingan jika menggunakannya, seperti iritasi, kekeringan & kegatalan kulit kepala. Ia juga tidak akan berkesan jika kita berhenti menggunakannya. Result pun hanya boleh dilihat setelah 6 bulan hingga ke setahun selepas pemakaian secara konsisten.

Boleh baca lanjut di sini : http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/druginfo/meds/a689003.html

Syukur alhamdulillah kerana produk Nutri M hanya dihasilkan dengan rumusan 100% herba, jadi risiko-risiko seperti di atas dapat dielakkan insyaAllah. Result pun cepat :) Jadi buatlah pilihan yang tepat lagi bijaksana sebagai pengguna ok?

p.s. Terima kasih kepada yang bertanya :) anda telah mencetuskan peluang untuk kita sama-sama menambah ilmu ♥