Friday, December 28, 2012

Kehebatan Halia Untuk Rambut Sihat

Image credits to google.com

Salam Jumaat NutrieMs :)

Pati halia adalah antara ramuan terpenting dalam penghasilan produk Nutri M kerana kebaikannya dalam bidang perubatan selain masakan yang diakui sejak beribu-ribu tahun lalu.

Fungsi pati halia di dalam syampu Nutri M Anti Hairloss Regimen, contohnya, adalah untuk membantu melancarkan peredaran darah di kepala yang seterusnya akan merangsang pertumbuhan semula anak-anak rambut dengan kadar paling optimum. Apabila aliran darah menjadi aktif & "lawas", adalah amat mudah untuk nutrien-nutrien lain sampai kepada folikel rambut. Bila folikel rambut sudah mendapatkan bekalan "makanan" yang baik, maka mudah jugalah ia bekerja untuk menghasilkan rambut baru yang lebih kuat & sihat, in shaa Allah :)