Friday, December 28, 2012

Faktor - Faktor Keguguran Rambut

Image credits to google.com

Okay gambar di atas sangat gross sebenarnya, ish ish.

Tahukah anda.terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala.
Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:

1. Melahirkan anak
Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan.

2. Penyakit tiroid
Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

3. Demam, jangkitan virus dan selesema yang serius
Badan yang lemah akibat jangkitan virus akan mengganggu proses pertumbuhan rambut & menyebabkan kehilangan zat-zat penting yang diperlukan oleh folikel rambut, seterusnya mampu menyebabkan keguguran rambut yang serius

4. Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.

5. Ubat-Ubatan
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

6. Rawatan kanser
Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.

Keguguran dan kebotakan rambut bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh.Cegah dan atasi semua masalah ini dengan Nutri M Antihairloss Regimen. Selamat Mencuba ♥