Friday, December 28, 2012

Apa itu Uban?

Image credits to google.com

Salam sayang NutrieMs,

Apa itu uban? Rasanya semua orang pun tahu apa uban tu. Tapi laaaagi ramai yang tak tahu bagaimana ia terjadi :) Jadi kami nak kongsikan sedikit info tentang uban ni.

Uban adalah rambut putih atau kelabu yang tumbuh secara semulajadi dengan ketara apabila usia mencecah 40an ke atas. Apapun uban juga tumbuh di kalangan belia dan juga remaja, berikutan gaya hidup yang kurang sihat, kadar stress yang tinggi dan boleh juga terjadi akibat pengaruh genetik.

Bagaimana uban terjadi?

Uban terjadi apabila ada gangguan pada sintesis protein bagi sel kulit kepala. Di bawah epidermis kita, terdapat sejenis sel bernama sel melanocyte yang berfungsi untuk menghasilkan pigment melanin. Melanin adalah sejenis protein atau unsur yang memberikan kulit dan rambut menjadi warna asal/semulajadi. Melanin juga memberikan warna kepada iris mata dan bulu. Orang Asia dikatakan mempunyai kadar pigment melanin yang tinggi yang menyebabkan rambut menjadi hitam secara semulajadi.

Untung kan jadi orang Asia? Malangnya ramai orang Asia lebih suka jadi orang bukan Asia hehehe :P