Friday, December 28, 2012

Kami Hanya Memilih Yang Terbaik :)

Antara herba tradisional premium terpilih yang menjadi ramuan utama di dalam penghasilan Nutri M Herbal Haircare :)

M for Minoxidil?



Salam sayang NutrieMs :)

Beberapa minggu lalu, ada yang PM kami di FB dan bertanya, mengapa kami namakan produk kami "Nutri M"? Adakah kerana M itu bermaksud "Minoxidil"?

Sebenarnya huruf M itu diambil bersempena dengan nama seorang sahabat baik kami yang merupakan seorang doktor perubatan yang telah mencadangkan agar kami menghasilkan produk penjagaan rambut. Tiada kena mengena langsung dengan minoxidil ni.

Ironinya, kami sendiri pun tak pernah tau pasal bahan kimia ni sehinggalah semalam ketika ditanya. Research punya research, barulah kami tahu yang minoxidil ni merupakan sejenis ubat berasaskan bahan kimia untuk melambatkan kebotakan & merangsang pertumbuhan semula rambut. Penggunaannya efektif bagi yang berumur 40 tahun ke bawah sahaja.

Walaubagaimanapun, ia boleh meninggalkan kesan sampingan jika menggunakannya, seperti iritasi, kekeringan & kegatalan kulit kepala. Ia juga tidak akan berkesan jika kita berhenti menggunakannya. Result pun hanya boleh dilihat setelah 6 bulan hingga ke setahun selepas pemakaian secara konsisten.

Boleh baca lanjut di sini : http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/druginfo/meds/a689003.html

Syukur alhamdulillah kerana produk Nutri M hanya dihasilkan dengan rumusan 100% herba, jadi risiko-risiko seperti di atas dapat dielakkan insyaAllah. Result pun cepat :) Jadi buatlah pilihan yang tepat lagi bijaksana sebagai pengguna ok?

p.s. Terima kasih kepada yang bertanya :) anda telah mencetuskan peluang untuk kita sama-sama menambah ilmu ♥

Rambut Gugur? Ini solusinya.



Masalah keguguran rambut menjadi igauan ngeri kepada ramai orang dan rata-rata keguguran rambut bermula seawal usia 20an, malah lebih membimbangkan kebotakan mungkin berlaku seawal usia 40an.
Kulit kepala memerlukan perapian dan vitamin yang cukup untuk kekal sihat tanpa sebarang masalah seperti kegatalan, kelemumur dan jangkitan kuman.

Rambut yang sihat dan normal memiliki beberapa ciri khas seperti berkilat, mudah lentur, tidak mudah patah dan boleh menyerap air.

Sekiranya adna mempunyai masalah tersebut jangan bimbang kami ada solusinya. Nutri M Anti Hair Loss Regimen mampu merawat, mengelak dan seterusnya mengatasi masalah keguguran rambut , kebotakan pramatang dan kenipisan rambut yang membimbangkan dengan cepat dan berkesan.

Dihasilkan dengan rumusan 100% herba terpilih yang suci dan bersih seperti akar Ginseng, Chinese Knotweed, Touki Ekisu, Bunga Za'faran dan akar Halia yang kaya dengan mineral dan vitamin yang berupaya mengembalikan semula kekuatan dan keremajaan rambut serta merangsang pertumbuhan rambut baru dengan kadar paling optimum.

Selain daripada megurangkan keguguran rambut, ia juga terbukti mampu melambatkan proses pertumbuhan uban dan mengurangkan kelemumur.

Ramai telah mencuba dan berpuas hati..ANDA bila lagi? :)

Stress Antara Punca Utama Masalah Rambut


Stress adalah salah satu punca utama masalah uban pra-matang & keguguran rambut yg serius. Kalau anda pakai produk yang paling bagus dalam dunia atau sentiasa cuci rambut di salun yang paling mahal sekalipun, masalah ini sukar untuk dirawat jika hidup anda selalu tertekan. So keep calm & banyakkan zikir bagi yang Muslim :)

p.s. Tahukah anda, stress juga boleh merangsang "penternakan" lemak di bahagian abdomen? SERIOUS!


Vitamin B12 Untuk Rambut Sihat & Cantik

Image credits to google.com

Salam sayang NutrieMs! Tahukah anda, pengambilan makanan yang mempunyai kandungan vitamin B12 yang tinggi boleh membantu anda mendapatkan rambut yang sihat dan cantik?

Sumber makanan yang mempunyai vitamin B12 adalah termasuk keju, daging ayam, daging lembu dan makanan laut seperti udang dan ikan. Selain daripada membantu meningkatkan tahap kesihatan dan kekuatan rambut, makanan ini juga mampu menambah bekalan darah dalam badan, dengan sekaligus dapat mengelak daripada masalah anaemia (masalah kekurangan darah).

Alhamdulillah, Tuhan telah anugerahkan kita dengan pelbagai jenis makanan yang lazat dan berkhasiat kan? Definitely something to be deeply thankful for :)

Have a brilliant day ahead, NutrieMs!

Ikhlas,
Team Nutri Enterprise

Telogen Effluvium

Image credits to google.com

Salam Jumaat NutrieMs! Hari ni kami nak kongsi sedikit info berkenaan salah satu jenis keguguran rambut yang dinamakan "Telogen Effluvium".

"Telogen Effluvium" adalah satu fenomena yang berlaku selepas proses kehamilan, pembedahan major, penurunan berat badan yang ketara atau ketika seseorang berada di tahap stress yang sangat tinggi, dimana rambut dikatakan gugur dengan terlalu banyak ketika mencuci, menyikat atau menggayakannya. Ia juga berpunca dari kesan sampingan ubat-ubatan tertentu seperti ubat anti-depresi dan beta-blockers.

Telogen adalah satu fasa dimana folikel rambut kita "berehat" apabila mencapai kitaran hidup yang sempurna. Fasa ini menyebabkan rambut matang akan gugur dan diganti dengan rambut baru pula. Telogen Effluvium pula berlaku apabila folikel-folikel rambut yang masih belum cukup matang atau masih muda "dipaksa" memasuki fasa Telogen, menyebabkan rambut gugur dengan banyak dan boleh mengakibatkan kenipisan rambut atau kebotakan, walaupun hanya untuk sementara waktu.

Rawatan secara klinikal tidak selalunya berkesan untuk kondisi seperti ini kerana ia akan berlalu dengan masa yang agak lama. Antara perkara lain yang boleh dilakukan oleh mereka yang menghadapi masalah ini adalah mengenalpasti apakah punca rambut mereka gugur, dan cuba untuk mengurangkan aktiviti atau menjauhkan diri dari penyebab ia berlaku.

Di sinilah Nutri M Anti Hairloss Regimen akan mengambil tempat sebagai booster untuk mempercepatkan proses penumbuhan semula rambut dengan kadar yang optimum dengan membekalkan nutrien-nutrien yang diperlukan oleh folikel rambut agar ia lebih kuat dan kembali sihat semula.

And the only way to find out if it works or not is by trying it yourself :) Hubungi kami segera agar kami dapat membantu anda!

Rahsia Keberkesanan Gel Essence Nutri M Anti Hairloss Regimen


Bunga Za'faran atau Saffron
Rahsia bagi keberkesanan set Nutri M Anti Hair Loss Regimen bukanlah terletak 100% pada syampunya, tetapi pada gel essence yang didatangkan bersamanya. Tahukah anda bahawa gel inilah yang merupakan hero sebenar kepada produk terlaris kami yang mampu membuatkan rambut anda lebih lebat & anak rambut tumbuh dengan cepat?

Ingin tahu kenapa & bagaimana? Jawapannya : Pati bunga Za'faran atau lebih dikenali sebagai Saffron. 

Gel essence ini mengandungi pati bunga Za'faran (Saffron) yang berfungsi sebagai pembekal vitamin & nutrisi pada akar rambut apabila diserap sempurna oleh kulit kepala, menjadikan folikel atau akar rambut lebih kuat dan subur

Apabila folikel menjadi lebih kuat & subur, ia akan merangsang pertumbuhan anak-anak rambut yang baru dengan kadar paling optimum lalu menjadikan rambut lebih lebat & masalah rambut nipis/kebotakan serius beransur pulih dalam masa yang singkat!

Kami ada mendapat beberapa feedback positif dari kalangan pengguna Nutri M Anti Hair Loss Regimen yang menggunakan gel essence ini setiap hari atau selang sehari, di mana mereka mendapati bahawa rambut mereka lebih lebat & kuat daripada sebelumnya, dan anak-anak rambut tumbuh dengan begitu cepat sekali.

Alhamdulillah sehingga kini kami belum lagi menerima sebarang aduan mengenai kesan sampingan yang negatif dari para pengguna produk ini tentang pemakaian gel essence & syampu Nutri M Anti Hair Loss Regimen setiap hari. Jadi terbukti ianya selamat digunakan dengan kerap & hasilnya begitu ketara dan menakjubkan!

Sehubungan itu, kami sedang merancang untuk menjual gel essence ini secara berasingan dalam isipadu yang lebih tinggi agar ia dapat digunakan bagi mendapatkan hasil yang lebih baik dalam masa yang lebih singkat & menjimatkan.

Amacam, apa kata survey? :)

Faktor - Faktor Keguguran Rambut

Image credits to google.com

Okay gambar di atas sangat gross sebenarnya, ish ish.

Tahukah anda.terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala.
Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:

1. Melahirkan anak
Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan.

2. Penyakit tiroid
Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

3. Demam, jangkitan virus dan selesema yang serius
Badan yang lemah akibat jangkitan virus akan mengganggu proses pertumbuhan rambut & menyebabkan kehilangan zat-zat penting yang diperlukan oleh folikel rambut, seterusnya mampu menyebabkan keguguran rambut yang serius

4. Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.

5. Ubat-Ubatan
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

6. Rawatan kanser
Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.

Keguguran dan kebotakan rambut bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh.Cegah dan atasi semua masalah ini dengan Nutri M Antihairloss Regimen. Selamat Mencuba ♥

Jenis-Jenis Kebotakan

Image credits to google.com
Ini adalah antara jenis jenis kebotakan rambut yang selalunya terjadi di kalangan kaum Adam tak kira tua atau muda. Kebotakan mampu merendahkan keyakinan diri, jadi cegahlah sebelum berlaku dan rawatlah ia segera jika ia terjadi kepada anda. Dapatkan set Nutri M Anti Hairloss Regimen yang pasti dapat mencegah dan mengawal masalah ini dari berlaku :) InsyaAllah dengan penggunaan yang betul dan konsisten, kesan yang positif akan dapat dilihat dalam masa yang singkat!

Apa itu Uban?

Image credits to google.com

Salam sayang NutrieMs,

Apa itu uban? Rasanya semua orang pun tahu apa uban tu. Tapi laaaagi ramai yang tak tahu bagaimana ia terjadi :) Jadi kami nak kongsikan sedikit info tentang uban ni.

Uban adalah rambut putih atau kelabu yang tumbuh secara semulajadi dengan ketara apabila usia mencecah 40an ke atas. Apapun uban juga tumbuh di kalangan belia dan juga remaja, berikutan gaya hidup yang kurang sihat, kadar stress yang tinggi dan boleh juga terjadi akibat pengaruh genetik.

Bagaimana uban terjadi?

Uban terjadi apabila ada gangguan pada sintesis protein bagi sel kulit kepala. Di bawah epidermis kita, terdapat sejenis sel bernama sel melanocyte yang berfungsi untuk menghasilkan pigment melanin. Melanin adalah sejenis protein atau unsur yang memberikan kulit dan rambut menjadi warna asal/semulajadi. Melanin juga memberikan warna kepada iris mata dan bulu. Orang Asia dikatakan mempunyai kadar pigment melanin yang tinggi yang menyebabkan rambut menjadi hitam secara semulajadi.

Untung kan jadi orang Asia? Malangnya ramai orang Asia lebih suka jadi orang bukan Asia hehehe :P

Kelebihan Kayu Beluru / Sintok

Image credits to google.com

Pernahkah andar dengar tentang kayu beluru yang juga dikenali dengan nama sintok? Ia adalah sejenis pokok yang mempunyai banyak khasiat yang telah digunakan oleh nenek moyang kita sejak berkurun lamanya. Antara khasiatnya ialah:

Mampu membersihkan kulit kepala
Menghilangkan gatal2 dikulit kepala dan badan
Menyuburkan rambut
Melembutkan rambut
Merawat kelemumur
Menanggalkan daki dibadan
Tidak mengandungi sebarang bahan kimia / toksik

Menyedari akan khasiat itu maka kami telah olahkan kayu beluru / sintok ini sebagai sebahagian bahan asas dalam Nutri M Black shampoo kami. Keberkesanannya tidak perlu diragui lagi kerana telah diakui sejak turun temurun. Jadi apa tunggu lagi..cuba & gunalah tanpa ragu. :)

Kehebatan Halia Untuk Rambut Sihat

Image credits to google.com

Salam Jumaat NutrieMs :)

Pati halia adalah antara ramuan terpenting dalam penghasilan produk Nutri M kerana kebaikannya dalam bidang perubatan selain masakan yang diakui sejak beribu-ribu tahun lalu.

Fungsi pati halia di dalam syampu Nutri M Anti Hairloss Regimen, contohnya, adalah untuk membantu melancarkan peredaran darah di kepala yang seterusnya akan merangsang pertumbuhan semula anak-anak rambut dengan kadar paling optimum. Apabila aliran darah menjadi aktif & "lawas", adalah amat mudah untuk nutrien-nutrien lain sampai kepada folikel rambut. Bila folikel rambut sudah mendapatkan bekalan "makanan" yang baik, maka mudah jugalah ia bekerja untuk menghasilkan rambut baru yang lebih kuat & sihat, in shaa Allah :)

Khasiat Sea Bilberry

Image credits to google.com

Salam sayang NutrieMs :) Saja nak kongsi sedikit info mengenai salah satu ramuan penting dalam penghasilan produk Nutri M yang dikenali sebagai Sea Bilberry.


Buah Bilberry laut ini digunakan dengan meluas sebagai instant remedy bagi masalah iritasi mata seperti katarak, selain menyumbang kepada kesihatan arteri, meningkatkan kekuatan sel-sel urat dan juga diabetes kerana kemampuannya menurunkan paras gula dalam darah.

Selain itu, Sea Billberry juga mempunyai kadar antioksidan tinggi. Kandungan vitamin E dan protein yang terdapat di dalam buah ini juga mampu membantu menguatkan folikel rambut hingga ke hujungnya, menjadikan rambut lebih cantik dan sihat bersinar. Kerana itulah kami menggunakannya di dalam pembuatan produk Nutri M :)

Nama-nama lain bagi Sea Bilberry adalah Huckleberry, Bogberry, European Blueberry, whortleberry & hurtleberry. Comel-comel namanya kan?

7 Sebab Mengapa Anda Perlu Pilih Nutri M Black Shampoo



7 Sebab Mengapa Anda Perlu Pilih Nutri M Black Shampoo Untuk Membantu Anda Merawat Masalah Uban Pra-matang :-

1. Ia berupaya menyingkir uban dalam masa sesingkat 10 minit walaupun pada cucian pertama! Ia adalah syampu anti-uban yang dihasilkan menggunakan 100% herba tradisional yang berupaya mengembalikan semula kekuatan rambut hingga ke akar, menjadikan ia lebih sihat bersinar, lembut, mudah diurus, bebas kelumumur dan yang paling utama - menghilangkan uban dan mengembalikan kehitaman rambut anda dalam masa yang singkat.

2. Herba-herba di dalam rumusan Nutri M Black Shampoo sebenarnya telah digunakan sejak sekian lama oleh sebilangan nenek moyang kita untuk mengurang atau menghilangkan uban di kepala, di samping memastikan supaya rambut sentiasa sihat dan kuat. Antara herba-herba tradisional yang digunakan dalam penghasilan produk ini adalah seperti buah Billberry laut, minyak kelapa, kayu Beluru/Sintok & daun Urang Aring yang mempunyai banyak kandungan nutrisi dan antibakteria yang sangat baik untuk penjagaan kesihatan dan kecantikan rambut. 

3. Bahan-bahan yang terdapat di dalam produk ini telah diluluskan oleh Biro Farmasi Kebangsaan dan disahkan bebas kimia oleh Jabatan Kimia negara. Ia juga telah dianugerahkan Sijil Halal oleh Islamic Food Research Centre (Malaysia & Asia Region) . Oleh itu, anda semua terutamanya pengguna-pengguna Muslim tidak perlu risau tentang syampu in kerana kandungannya 100% herba, maka ia halal serta bersih sifatnya dan boleh digunakan tanpa ragu-ragu, insyaAllah.

4. Rumusan BUKAN PEWARNA & telap air! Ya, syampu ini BUKAN syampu pewarna seperti yang terdapat di kedai-kedai atau farmasi. Tugas Nutri M Black Shampoo ialah membantu MERAWAT masalah uban, bukan MENUTUP uban. Fungsi rumusan herba di dalam syampu ini adalah untuk menambahkan nutrien dan memulihkan kembali pigmen hitam semulajadi yang ada di dalam rambut, BUKAN mewarnanya dari luar sahaja. Pewarna rambut biasa hanya berupaya menutupi uban atau warna rambut asal anda dari luar sahaja dan kesannya hanyalah sementara. Kita juga tahu bahawa pewarna rambut mengandungi banyak bahan kimia yang cenderung merosakkan rambut anda!

5. Kaedah syampuan yang mudah & boleh dilakukan sendiri di rumah. Ini era DIY (Do It Yourself) beb.. :P

6. Menjimatkan masa kerana anda sudah tidak perlu ke salun rambut dengan kerap untuk mendapatkan "rawatan" yang rata-rata akan memberikan kesan yang sementara malah mampu merosakkan rambut anda.

7. Kerana ia MURAH MURAH & MURAH! Cuba tanya berapa RM "pakar-pakar" rambut di Malaysia ini charge anda untuk merawat masalah uban & kira semula berapa banyak perbelanjaan yang boleh dijimatkan memandangkan anda sudah tidak perlu membuat rawatan yang menelan kos yang tinggi di salun :)

Suka? Berminat? Tempahlah sekarang di sini atau hubungi kami terus di talian 0193117254 atau email kami di nutrienterprise@yahoo.com jika terdapat sebarang pertanyaan.

Terima kasih! 

Mengapa Rambut Beruban?

Image credit to google.com

Tahukah anda mengapa rambut beruban? Yang sebenarnya uban bukanlah hanya di sebabkan oleh faktor usia sahaja tetapi uban juga berlaku pada peringkat remaja malahan kanak-kanak juga.

Kajian menunjukkan perubahan rambut menjadi putih adalah akibat daripada rantai reaksi kimia pada rambut yang menyebabkan rambut menjadi putih dengan sendirinya.Juga yang menjadi punca rambut beruban antarannya ialah:

1. Faktor genetik

2. Kekurangan vitamin B

3. Kekurangan gizi boleh membuatkan jumlah enzim pembentukan pigmen berkurangan. Makanan berprotien sangat di perlukan oleh tubuh untuk pembentukan enzim dan mengelakkan tumbuhnya uban.

4. Gaya hidup. Anda yang kerap merokok mempercepatkan tumbuhnya uban.

5. Rawatan yang tidak sesuai. Jika anda sering mewarnakan rambut, juga merupakan faktor rambut cepat beruban. Proses pewarna yang kurang baik atau kandungan kimia yang tidak sesuai dengan kulit kepala.

6. Kesan radiasi. Anda yang pernah mengalami masalah kesihatan seperti kanser.

Kini dengan Nutri M black Shampoo yang diperbuat dari 100% herba seperti minyak kelapa,kayu beluru / sintok dan daun urang aring mampu menyelesaikan masalah anda. Selamat mencuba ♥

Koleksi Artikel Nutri Herbal Haircare @ Akhbar Tempatan

Antara koleksi local press coverage yang sempat kami arkibkan sepanjang tahun 2011-2012 :)










Flyer Nutri M Black Shampoo